Untuk tahun ini, IPG telahpun melancarkan program IPG Lestari untuk meningkatkan kesedaran manusia tentang pentingnya menjaga persekitaran dan mewujudkan budaya lestari sebagai gaya hidup IPG...nak cerita panjang lebar pun rasanya ramai yang lebih arif tentang apa sebenarnya maksud lestari...
Aku juga berkesempatan untuk mengikuti pertandingan mencipta logo untuk digunakan dalam program ini... actually i did not do on purpose.. ini pun sebab setiap kelas perlu menghantar wakil and my friend ask me to join this... i know i was so crazy about photoshop but to make it really easy for me, it is quite hard..suda lebih setahun suda aku study photoshop ni tapi indak la telampau terer bah kata urang sabah, tapi buli cukup2 makan.. .tapi apapun try jak la..bukan pok menang pun, join for fun kan..=) =)
Untuk cari idea yang sesuai,fuhlamak, memang kering abis...sejam jugak duduk depan laptop fikir idea yang sesuai, suma tak masuk2 jugak... (sambil mendengar lagu Carta hati sebagai inspirasi), akhirnya dapat idea..so inilah hasilnya selepas 4 jam punya kerja...da berkarat rupanya photoshop aku....sory, memang serba kekurangan..apapun, ada pengalaman baru jugakla buat logo...
By The Way, thanx to all yang sanggup menolong...yang tolong potongkan kadbod, carik bahan terbuang dekat kedai runcit, yang bagi cd utk burn, yang bagi komen dan kritik, yang bagi pinjam dabel tape ngan gunting..hehe...thanx jugak dekat Amir (otai aku ni) sebab sama-sama bagi idea dan bagi pinjam print...he he he..
Definisi dan makna simbol yang terlibat dalam logo
1. 1. Bumi mewakili keamanan sejagat manusia serta kesedaran yang tinggi terhadap kelestarian alam dan betapa pentingnya menjaga bumi kita agar persekitaran kita sentiasa terpelihara
2. 2. Lingkaran berwarna biru melambangkan kelestarian budaya , dan gaya hidup yang harmoni diamalkan dalam gaya hidup IPG
3. 3. Bunga hijau 3 kelopak membawa maksud 3 suku kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India dan pemilihan bunga itu sendiri membawa maksud bersatu padu dalam memastikan alam persekitaran sentiasa terpelihara.
4. 4. SIllhoute berbentuk manusia membawa pengertian warga pendidik yang berjaya serta melambangkan persekitaran kampus yang berkesan melalui program IPG Lestari
5. 5. 5 helai daun di sebelah kiri mewakiri
- Warna biru dan perlambangan air
- Warna jingga dan perlambangan matahari yang bermaksud sumber tenaga yang boleh diperbaharui
- Warna ungu dengan gambar kitar semula yang membawa maksud menggalakkan penggunaan bahan terbuang dan kitar semula.
- Warna merah dengan lambang 21 yang membawa maksud Local Agenda 21 iaitu suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan
- Warna hijau dengan lambang tanda seru yang terbalik seolah-olah bentuk ekzos yang membawa maksud adanya kesedaran sivik mengenai penggunaan bahan merbahaya daripada sistem pengangkutan yang boleh merosakkan kehijauan bumi kita.
- Gambar tumbuhan dan pokok di bawah sebelah kanan membawa maksud perlunya kita memelihara alam sekitar dan biodiversity
6. 6. Warna tona biru merupakan warna tema bagi logo ini seiring dengan logo IPGM manakala warna hijau merupakan warna tona minor agar menunjukkan kepekaan mengenai alam sekitar.
7. 7. Visi IPG Lestari ialah IPH Pemangkin Masyarakat Lestari
8. 8. Kesemua elemen 9 tema Kampus IPG Lestari dirangkumkan di dalam satu logo bagi membentuk logo IPG Lestari
No comments:
Post a Comment