Okay ini merupakan antara koleksi bunga yang aku tangkap mase aku kat Taman Pertanian Tenom...Since aku xade lens makro, aku menggunakan lens 18-200 sigma... setting dia aku bukak f/stop yg paling besar aku leh reach iaitu f/5.6 la...tu je yg termampu...mungkin ni pengalaman pertama shoot bunga.....banyak lagi nak kene belajar..apapun, otai2 semua leh kritik yg pedas2 okay!!!
(^_________________^)
Taman Pertanian Tenom terletak kira-kira 18 km dari pekan Tenom. Bagi pelancong yang memandu dari Kota Kinabalu boleh melalui Kimanis dari Papar dan seterusnya ke Keningau sebelum meneruskan perjalanan ke Tenom.. Perjalanan memakan masa 3 jam dari Kota Kinabalu dan 25minit dari pekan Tenom. Menurut info daripada guide di Taman tersebut, keluasan Taman Pertanian ini ialah seluas lebih 200 hektar. disini terdapat pelbagai jenis tanaman bunga dan buah-buahan.
Malangnya pada hari tersebut, saya gagal pusing ke seluruh taman tersebut kerana belum sarapan + lapar + penat yang teramat kerana cuaca yang agak sedikit terik. Jadi, saya tak dapat merasa buah-buahan yang terdapat di taman tersebut dan otak juga berligat nak cari makanan sedap-sedap di Tenom.!!!! oh ya, mereka yang berkunjung juga boleh memetik buah yang ditanam dan dimakan..best tak?? lagi satu , para pengunjung boleh memilih samaada menaiki basikal yang disewa pada kadar rm3 sejam atau menaiki kereta api yang disediakan secara PERCUMA... anda mahu pergi?? jomlah!!!!!
Bagi mereka yang berkunjung di Tenom saya jamin makanan di sini sangat murah .Kopi Tenom sangat terBaekkkkk!!!!!.habis kawan-kawan borong di kilang membuat kopi (walaupun di KK banyak kopi ni jual di supermarket..hehe)
p/s : oh ya, jangan tanya bunga apa yang terdapat di gambar tersebut sebab saya langsung tak tahu nama-nama saintifik bunga tersebut...(^__________^)